Apa itu pomade?
Pomade adalah sejenis minyak rambut yang diperbuat daripada zat minyak atau lilin yang digunakan untuk pengayaan rambut. Pomade membuat rambut kamu lebih licin dan kilat. Nampak seperti basah tetapi tidak. Ia memberi ketahanan kepada rambut ketika kamu mengayakan style rambut kamu itu.
Kalau kamu nak tahu, pomade zaman sekarang berbeza dengan Pomade zaman dulu. Dulu gunakan lemak beruang atau khinzir sebagai bahan asas. Pada zaman sekarang mereka menggunakan
Lanolin, Beeswax dan Petroleum Jelly. Pomade terkenal di kalangan lelaki kerana dapat membuat rambut menjadi keras!
Kita boleh lihat pelbagai jenama pomade yang sedia ada ketika ini. Siap ada perisa buah-buahan lagi. Seperti kita tahu, pomade kini dijual dengan harga yang agak tinggi (mahal jugak sebenarnya) tetapi kamu harus tahu juga kelebihannya.